BAIKI & CUCI CERMIN.

Dalam penggunaan seharian, cermin mata anda boleh menjadi longgar, bengkok atau tidak selari, malah terdapat kerosakan kecil yang boleh menjejaskan keselesaan dan penglihatan pemakai.

Kami menawarkan servis baiki untuk kerosakan seperti skru longgar, pendakap hidung (nosepad) rosak atau tercabut, kerosakna bingkai dan sebagainya. Kami di Qap Optical sedia membantu anda dalam masalah tersebut.Kami juga menawarkan pencucian cermin mata secara percuma kepada semua pelanggan.

Ia adalah kerana penjagaan cermin mata yang baik dapat membolehkan cermin mata anda bertahan lama dan selesa untuk dipakai.

MENJUAL BINGKAI & CERMIN MATA.

Cermin mata terdiri dari cermin jauh atau dekat (single vision) dan jauh dan dekat (progressive@bifocal).

Qap Optical menawar pelbagai pilihan jenis bingkai mengikut citarasa anda. Terdapat bingkai plastik, besi, titanium, clip on, frameless  dan sukan. Jenama yang ditawarkan seperti Rayban, Bonia, Armani Exchange dan lain-lain lagi.

Terdapat pelbagai pilihan jenis cermin seperti multicoated, anti blue light dan cermin tukar warna (photogray) . Jenama cermin yang ditawarkan ialah Hoya, Essilor, Kodak,  Advance, Ilt dan lain-lain lagi.

PEMERIKSAAN MATA SECARA PERCUMA

Qap Optical menawarkan servis pemeriksaan mata terus ke rumah, khususnya bagi pelanggan yang menghadapi masalah pergerakan (sukar untuk bergerak atau lumpuh tubuh badan dan sebagainya untuk ke kedai atau outlet kami atau warga emas yang tidak berkemampuan untuk bergerak.

Anda perlu membuat temujanji dahulu sebelum pihak kami dapat datang ke rumah anda  untuk membuat pemeriksaan mata tersebut. Ini adalah salah satu CSR (Corporate Social Responsibility) kami kepada masyarakat setempat dalam memudahkan dan menyenangkan para pelanggan kami yang tidak bekemampuan. Supaya mereka dapat melakukan pemeriksaan mata dan seterusnya mempunyai cermin mata sendiri.

Bagi yang ingin membuat temujanji anda boleh menggunakan aplikasi pada website ini dengan klik pada icon whatsapp di sebelah kiri anda.

PEMERIKSAAN MATA SECARA KLINIKAL

Proses Penghasilan Cermin Mata

Proses Penghasilan Cermin Mata

Scroll to Top